"Ditunggu berapa lama kau mahu menjadi bunga?" "Sehingga datang sepasang tangan" "Yang bagaimana?" "..." Tempoh hari, pokok itu cuma benih. Tak terzahirkan oleh mata; diam bisu dikatup tanah. Kemudian hujan datang menyimbah nyimbah-- tanah berkolam, benih tenggelam. Dikira begitulah mati tetapi datang pula sang matahari-- terik membahang, kering kontang. Benih sudah mula akur barangkali inilah takdir tuhan; mati kehausan, kemarau ketandusan. Satu Dua Tiga Hari hari terus berlalu. Ada sepasang tangan kiriman tuhan menyampaikan air kepada tanah. Sepertinya nyawa kembali disambung, seolah satu roh kembali hidup. Benih bercambah menjadi pohon-- baja ditabur, tanah menyubur. Asbab tangan yang sama itulah, bunga yang dulu dipersoal kewujudannya kini sudah mekar. Dibajai cinta yang disangka ikhlas, tulus, suci dan bersih, maka bunga terus mekar mekar dan mewangi. Begitulah hidup, Erti Makna Definisi cinta itu berubah-ubah. Tang...
Comments
Post a Comment