I hate the feeling of extremely submissive The worst emotion created is guilt. No human can bear this emotion, that’s why all we need to do is to avoid. This is the conscience i a talking abt. Emotion comes in different forms, guilt is worst for it simply disturb everything. I think even without religion or law, your conscience wouldn't let you kill people, wouldn't let you do immoral acts, wouldn’t let you hurt people because your emotion can never hold guilt. It harms everything, when guilt fill in your emotion cup, all other emotions in the universe has to leave the cup. You can never feel happy neither tranquil for the universe is not inside you anymore. As much as we want to avoid, sometimes it just unavoidable. Bc there can always be pressure and triggers out there that will make guilt haunt you. Someday, i will find myself someone, who will take me out of this mess. And by that I didn’t mean i will leave this dark deep ocean. It is still my place, but maybe i will ...
Kalau pulang, Lazimnya ada gulai ayam kampung tersedia bawah saji Kalau mahu yg panas, Ceduk dalam periuk. Tapai semalam sudah siap diperam Atur atur dalam mangkuk, Angkat untuk tetamu, Kadang kadang, segarnya tapai dari tangan dia, kami anak beranak cucu cicit jua yang habiskan. Heh. Pagi tadi, baik tapai mahupun gulai ayam kampung dua dua tiada di meja. Dulunya, Ketupat palas dipintal sendiri oleh tangan tua penuh kasih sayang, Pagi ini, ketupat masih ada, cuma dari tangan berbeza, . Waktu bersalaman, Seolah ada bayangan si tua yang angguk memaafkan. Sebelum kamera merakam satu foto keluarga, Sempat aku berpaling Ada satu ruang kosong di sofa coklat itu, Yang seharusnya diisi oleh insan yang kami rindu. Dalam kiraan tiga, semua mata melekat ke jurufoto, Menguntum senyum seolah tok masih bersama . Al fatihah. Tiada ikatan kekeluargaan ini akan terhenti setelah tok pergi. Berbahagialah, tok. Kami bakal menyusul. Rasa lain, mungkin sebab pertama kali beraya ...
"Ditunggu berapa lama kau mahu menjadi bunga?" "Sehingga datang sepasang tangan" "Yang bagaimana?" "..." Tempoh hari, pokok itu cuma benih. Tak terzahirkan oleh mata; diam bisu dikatup tanah. Kemudian hujan datang menyimbah nyimbah-- tanah berkolam, benih tenggelam. Dikira begitulah mati tetapi datang pula sang matahari-- terik membahang, kering kontang. Benih sudah mula akur barangkali inilah takdir tuhan; mati kehausan, kemarau ketandusan. Satu Dua Tiga Hari hari terus berlalu. Ada sepasang tangan kiriman tuhan menyampaikan air kepada tanah. Sepertinya nyawa kembali disambung, seolah satu roh kembali hidup. Benih bercambah menjadi pohon-- baja ditabur, tanah menyubur. Asbab tangan yang sama itulah, bunga yang dulu dipersoal kewujudannya kini sudah mekar. Dibajai cinta yang disangka ikhlas, tulus, suci dan bersih, maka bunga terus mekar mekar dan mewangi. Begitulah hidup, Erti Makna Definisi cinta itu berubah-ubah. Tang...
Comments
Post a Comment