Kalau pulang,
Lazimnya ada gulai ayam kampung tersedia bawah saji
Kalau mahu yg panas,
Ceduk dalam periuk. 
Tapai semalam sudah siap diperam
Atur atur dalam mangkuk,
Angkat untuk tetamu,
Kadang kadang, segarnya tapai dari tangan dia,
kami anak beranak cucu cicit jua yang habiskan. Heh.
Pagi tadi, baik tapai mahupun gulai ayam kampung dua dua tiada di meja.

Dulunya, 
Ketupat palas dipintal sendiri oleh tangan tua penuh kasih sayang,
Pagi ini, ketupat masih ada, cuma dari tangan berbeza, .

Waktu bersalaman,
Seolah ada bayangan si tua yang angguk memaafkan.
Sebelum  kamera merakam satu foto keluarga,
Sempat aku berpaling 
Ada satu ruang kosong di sofa coklat itu,
Yang seharusnya diisi oleh insan yang kami rindu.
Dalam kiraan tiga, semua mata melekat ke jurufoto, Menguntum senyum seolah tok masih bersama
.

Al fatihah. Tiada ikatan kekeluargaan ini akan terhenti setelah tok pergi. Berbahagialah, tok. Kami bakal menyusul. 
Rasa lain, mungkin sebab pertama kali beraya nenek tidak bersama. πŸ˜” alhamdulillah ki masih ada. ☺️ Taqabballahu minna waminkum 🌸🌼

Comments

Popular posts from this blog

April 27th

The things you left unsaid;

Safe place