Penulis

terengganu, Malaysia
Perempuan yang dalam diam terhimpit sepi.

Tuesday, June 28, 2016

Hi

I lost interest in you. 

Wednesday, June 1, 2016

kamu cari siapa?

-tulisannya sudah mati tertusuk kata kata manusia- 


Monday, March 21, 2016

Mengarang untuk hati yang tidak tenteram

Wahai hati yang tidak tenteram, tahukah bahawa aku telah mengarang beribu puisi untuk mendiamkanmu, tetapi tidak juga kau aman di dalam tubuhku. Wahai hati yang tidak tenteram, tahukah bahawa aku telah mencari pelbagai hal untuk diisi di ruanganmu, tetapi tidak juga kau memilih untuk bertenang. Wahai hati yang tidak tenteram, tahukah bahawa aku telah berhabis segala untuk memuaskan katamu, tetapi tidak juga kau berhenti berkecamuk di dalam dada.

---

Dua tiga minggu ini, aku tidak tenteram dek kerja kerja yang begitu banyak tertangguh. Tidak tahu mahu salahkan siapa, akhirnya perlu tuding jari ini ke muka sendiri; dan menjerit "padan muka!". Kerja kerja mahasiswa pun masih banyak tidak dilunaskan. 
Serasa semuanya memberat dalam satu masa, entah. 

----

"Rindukan tahajud, barangkali."

Lalu pena terhenti dengan jawapan sendiri. Selamat malam.